
Mahkamah telah menetapkan 28 April ini untuk perbicaraan taksiran ganti rugi dalam kes saman Johan Raja Lawak dan isterinya terhadap seorang pengarah dan syarikat penerbitan.
Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Suhaimi Saad yang mewakili Johan dan peguam Baljit Singh bagi pihak Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitan Juara Filem Production Sdn Bhd.Untuk rekod, Johan telah mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala selepas dibaling gelas oleh pengarah drama tersebut di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Seremban pada 11 Mei 2010.
Menerusi saman tersebut, mereka telah menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi.
28 April Tentukan Taksiran Ganti Rugi Kes Saman Johan