
Lagu ciptaan LY dan lirik Baiduri, ‘Bahagiamu Deritaku’ nyanyian Hafiz telah berjaya menggondol Anugerah Juara Lagu ke-28 pada malam kemuncak yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.
Nasib juga nyata menyebelahi kumpulan Hyper Act, apabila lagu ciptaan mereka, ‘Hanya Aku’ berjaya menjadi naib juara. Seterusnya tempat ketiga menjadi milik lagu ‘Kalau Aku Kaya’ nyanyian Awi Rafael dan Altimet yang dicipta komposer Omar K dan Audi Mok.Dalam pada itu, Jaclyn Victor menamatkan penguasaan tiga tahun berturut-turut Hafiz apabila diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu ‘Ikut Rentakku’.
Manakala, anugerah persembahan terbaik yang dipilih oleh penonton menjadi milik Hafiz dengan lagu ‘Bahagiamu Deritaku’.
AJL28 Milik 'Bahagiamu Deritaku'