Biarpun masih segar dengan dua sambutan hari jadinya sebelum ini, Putera Rayqal Ramli sekali lagi diraikan dalam satu majlis sambutan hari jadi yang dirancang khas oleh ibunya, Nora Danish dan ahli keluarga terdekat mereka.
Dalam majlis bertemakan ‘surf up’ yang diadakan di Ampang ini, ianya turut dihadiri oleh rakan-rakan artis lain seperti Umir Aida, Erra Faizra, David Teo serta teman baiknya, Nedim.
Menerusi beberapa foto yang dikongsikan Nora dan rakan-rakan artisnya di Instagram, kemeriahan majlis yang dirancang rapi ini dapat dirasai kerana menggunakan khidmat perancang majlis serta turut diabadikan oleh jurufoto rasmi.
Tentunya ini merupakan kenangan yang tidak akan dilupakan Rayqal dan dengan limpahan kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapanya, diharapkan Rayqal akan menjadi anak yang soleh dan berguna kepada keluarga.
Nora Danish Sambut Hari Jadi Rayqal Lagi