Pelakon Shazleen Shahbi Selamat Lahirkan Bayi Kembar



Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shahzleen Shahbi, 40, yang telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar di Pusat Perubatan Gleneages Intan pada kira-kira jam 9 pagi, Isnin lalu.Memetik laporan sebuah akhbar, sungguhpun teruja dan bersyukur dengan kelahiran anak kembarnya, Shazleen tetap mengharapkan keprihatinan ramai untuk memberikan petua serta teknik penjagaan terbaik untuk bayi kembar.


“Penjagaan anak kembar agak berbeza dan saya banyak mencari info menerusi Internet mengenai pemakanan untuk mereka dan bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman tentang cara menjaga dan menyusukan mereka,” ujarnya.


Shazleen mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Badrul Hisham Md Isa, pada tahun 2002 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Alham Akhyar, 11, Putri Dulillah, 7, dan Putri Doa, 3 tahun.


Sebelum ini Shazleen begitu dikenali dengan lakonan dalam drama dan filem seperti ‘Layar lara’, ‘Momok The Movi’e dan banyak lagi. Selain itu, dia turut aktif membintangi iklan-iklan komersil seperti Lipton, Perodua, Kent dan Lux.




Pelakon Shazleen Shahbi Selamat Lahirkan Bayi Kembar

Popular Posts