'I-Plugged' Ketengahkan Kumpulan Muzik Berbakat



TVi menyiarkan sebuah rancangan berjudul I-Plugged yang mula menemui penonton bermula 23 Januari lalu, pada setiap Khamis, jam 9.00 malam.


Rancangan ini adalah sebuah rancangan pertandingan nyanyian berkumpulan secara ‘unplugged’ atau dalam bahasa mudahnya membuat persembahan mengunakan peralatan muzik yang tidak mengunakan elektrik.


“Selama berberapa hari ujibakat dijalankan pihak kami menerima hampir 200 penyertaan kumpulan yang hadir. Satu permulaan yang sangat baik untuk rancangan baru yang pertama kali diadakan.


Adat mengadakan ujibakat sudah pasti pelbagai ragam dan kejadian berlaku. Tetapi konsep rancangan ini adalah realiti, jadi apa sahaja perkara yang berlaku sudah pasti akan dirakamkan dan pihak kami paparkan sebagai rencah dalam rancangan ini,” ujar pengarah rancangan, Yusmi Harif.


Selain buat pertama kalinya menampilkan penyanyi utama kumpulan Kristal iaitu Razlan sebagai pengacara, rancangan ini juga menampilkan tiga orang juri tetap iaitu Editor Media Hiburan, Meen Tahrin, Ameer Sofazr, dan Rodi Kristal.


Sebanyak 27 kumpulan telah dipilih daripada 200 penyertaan untuk berebut tempat ke peringkat akhir di mana hanya empat buah kumpulan sahaja yang akan terpilih dan seterusnya akan dinobatkan sebagai juara I-Plugged musim pertama.


Rancangan 13 episod ini menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 beserta hadiah-hadiah iringan seperti peralatan muzik, kamera, barangan kemas, jam tangan, baucer tunai dan sebagainya.








'I-Plugged' Ketengahkan Kumpulan Muzik Berbakat










Popular Posts