Kapal Terbang Membawa 58 Orang Terhempas Di Taiwan


Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 15 lagi berjaya diselamatkan dari bangkai pesawat, termasuk empat kanak-kanak, selepas sebuah pesawat penumpang merempuh sebuah jambatan lebuh raya dan terjunam ke sebuah sungai di Taiwan hari ini.


Pegawai-pegawai jabatan bomba telah mengesahkan bahawa 14 orang telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala sembilan yang lain meninggal dunia akibat kecederaan mereka sebelum mereka sampai ke hospital, menurut laporan The Strait Times.


Nasib baki 20 penumpang yang lain belum didedahkan dan dipercayai masih terperangkap di dalam pesawat TransAsia Airways GE235 ketika operasi menyelamat di Sungai Keeling di ibu kota Taipei masih diteruskan.


Rakaman menakutkan bencana itu berjaya dirakamkan oleh kamera dashboard pemandu, menunjukkan penerbangan domestik ATR 72-600 turboprop menjunam ke dalam air hanya tiga minit selepas berlepas dari lapangan terbang Songshan yang terletak 5km dari sini. Jumlah sebanyak 58 orang di atas kapal terbang tersebut.


Walau bagaimanapun The Strait Times melaporkan bahawa saksi yang melihat kejadian tersebut mendakwa bahawa mereka melihat orang tercampak keluar dari pesawat kesan impak nahas tersebut.

Pegawai penerbangan awam berkata penerbangan yang berlepas pada jam 10:53, dalam perjalanan ke pulau Kinmen, dan terputus hubungan dengan pengawal dua minit kemudian. Punca kemalangan masih tidak diketahui.


Melalui laporan berita televisyen tempatan,dipercayai komunikasi terakhir dari kokpit ialah krew kapal pesawat kedengaran menjerit ‘Mayday! Mayday! Enjin flameout! ‘


Popular Posts