
Penyanyi yang juga isteri kepada Noh Hujan, Mizz Nina mengumumkan tidak mahu lagi membuat persembahan di hadapan penonton lelaki selepas mengambil keputusan untuk berhijab penuh tidak lama dulu.
Menurut Mizz Nina, keputusan yang dibuatnya ini atas kerelaan sendiri dengan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.”Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita sahaja. Keputusan ini saya buat selepas berhijrah. Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggal bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya, ” ujar Nina yang dipetik menerusi laporan sebuah akhbar.
Dalam pada itu, Mizz Nina akan beralih arah untuk menumpukan perhatian menguruskan butik dan syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu.
Mizz Nina Tak Akan Menyanyi Di Hadapan Lelaki Lagi

