
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Syazliana Abdul Karim, 27, yang telah selamat bergelar isteri kepada Muhammad Reza Jamalludin, 30, Jumaat lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di kediaman keluarga Syazliana yang terletak di Shah Alam dengan dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin.Pengantin perempuan telah menerima tujuh dulang hantaran, mas kahwin RM300 serta wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya dan dibalas dengan sembilan dulang untuk pihak pengantin lelaki.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini. Semoga ikatan yang dibina ini akan kekal hingga ke akhir hayat.
Penyanyi Syazliana Kini Bergelar Isteri

